Search This Blog

Saturday, 5 September 2015

Hoho.... Dah lebih setahun aku tak buat apa-apa kat blog ni. Dah bersawang! Kehkeh Hmmm.... Untuk projek seterusnya selepas Lebih Indah... Aku akan terlibat dengan projek Antologi Cerpen Sarkas, di bawah kelolaan saudara Khairy Tajudin. InsyaAllah akan publish bulan September 2015 ( bulan ni la!) kehkeh... Dan preorder sudah dibuka k... Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah pm aku kat fb tu.... Hehe... Assalamualaikum....

Wednesday, 23 July 2014

SYAWAL... ANUGERAH TERINDAH....         Aku... Masih setia menunggu. Aku... Masih mengharap rasa itu... Aku... Tetap aku... Tiada apa yang dapat merubah...       Hujan rintik.     'Aku kelu... Hati jadi bisu. Jiwa kosong. Hati sudah macam batu!'     Heh... Ungkapan yang patut untuk diri aku saat ini. Aku duduk berteleku di hujung 'dunia'  ini. Menjadi pemerhati. Memerhati 'sesuatu'. Aku lantas mengukir senyum tatkala mengingatkan sesuatu. Suatu yang sungguh indah dirasakan dulu.    Nafas aku hela, mata aku pejamkan.    Rindu.... Terlalu rindu. Mungkinkah aku akan dapat semula rasa itu? Atau... Apakah aku harus berusaha untuk menghilangkan rasa itu....? Tapi... Mana mungkin aku hilangkan itu... Dan, mana mungkin juga bagi aku untuk dapatkan semula rasa itu...?     Hmm... Nafas aku hela, mata aku buka kembali.     "Bang... Tengokkan kuali tu kejap ye... Nor nak sidai baju ni."   "Okey sayang...." jawab aku ceria.   Selepas 15 minit.     "Alamak sayang.... Ikan dah hangus...."   "Hmmm.... Nak buat macam mana. Abang tu la. Nor mintak tolong sikit pun lupa..." ujar Nor. Mukanya sudah masam mencuka.   "Sorry darling... Abang belikan yang baru eh...?"  Nor tarik senyum kembali. "Okey..."    Suatu cerita. Cerita bermulanya episod bahagia aku dengan dia.     Aku tersenyum.     "Sayang nak hadiah apa untuk birthday sayang nanti?"   " Mmmm.... Sayang taknak apa-apa selain diri abang."   "Erk... Pelik sangat bunyinya tu..."   "Yelah... Sayang nak abang setia pada sayang sorang je... Boleh?" pinta Nor. Matanya mencerun sedikit memandang aku.   "Hahaha.... Untung abang dapat sayang. Save budget. Yes! Yes!"   "Eleh... Yeke untung...?" Nor sengaja menduga.   "Betooooool. Abang tak tipuuuuu...."   "Yelah tuu... Tahun pertama bolehlah cakap macam tu. Tunggulah tahun ketiga ke, keempat ke, entah-entah tahun kedua abang dah cari lain..." dia menduga lagi.   "Sayang. InsyaAllah... Abang hanya akan setia pada sayang je," aku pandang sekilas wajah Nor itu.   ************     "Bang... Kalau umur Nor tak panjang, tolong besarkan anak ni ye. Jangan biarkan anak kita terseksa.."   "Ya Allah.... Kenapa Nor cakap macam ni. Sabar Nor. InsyaAllah selamat."   "Abang janji dulu. Selagi abang tak janji, hati Nor tak tenteram..."   "Ye Nor. Abang janji..."  Nor mengukir senyum. Aku lihat wajahnya itu. Tampak terpaksa. Aku tahu dia terseksa.   "Abang.... Sakit...." keluh Nor. Air matanya sudahpun menitik.   "Okey puan... Push... Push... Dah nampak sikit dah tu. Push sikit lagi ye..."   "Sabar ye sayang. Tak lama lagi. Istighfar banyak-banyak. Selawat..." celah aku.   "Encik... Encik kena keluar dulu ye. Kami terpaksa vacuum..."  Kepala aku angguk perlahan.   "Sabar ye sayang. InsyaAllah takde apa..." bisik aku sebelum melangkah pergi.   "Ingat ye abang. Jaga anak kita.." pesan Nor lagi. Aku toleh lalu mengangguk sambil tersenyum.   Selang dua jam...     "Encik, tahniah! Encik dapat anak lelaki..." ujar doktor Aini merangkap doktor yang merawat Nor dari tadi.  Aku bangun dari duduk. Mata aku bertakung lagi. Syukur dengan anugerah Ilahi ini. Kepala lantas aku tolehkan ke bilik rawatan yang menempatkan Nor.   "Err... Boleh saya bawak pergi jumpa isteri saya?"  Doktor Aini diam. Kepalanya ditundukkan sedikit.   "Doktor... Boleh tak ni?" soal aku lagi.  "Maaf encik. Isteri encik tak dapat kami selamatkan..."  Aku terkedu. Terduduk kembali. Takungan di mata sudahpun melimpah jatuh ke lantai.   "Nor... Kenapa tinggalkan abang..."   *********     Aku berbaring sambil memeluk bayi itu. Umurnya sudahpun genap sebulan. Kepalanya aku usap lembut. Wajahnya aku tatap. Aku tersenyum. Mata, mungkin ikut aku. Hidung, confirm ikut Nor. Bibir? '50-50'. Hehe...   "Nor... Abang janji akan jaga anak kita..."     "Hahaha.... Untung abang dapat sayang. Save budget. Yes! Yes!"   "Eleh... Yeke untung...?" Nor sengaja menduga.   "Betooooool. Abang tak tipuuuuu...."   "Yelah tuu... Tahun pertama bolehlah cakap macam tu. Tunggulah tahun ketiga ke, keempat ke, entah-entah tahu kedua abang dah cari lain..." dia menduga lagi.    Perkara yang pernah dibualkan dulu menjelma kembali.   " Hari ini, genap usia perkahwinan kita dua tahun..." bisik aku di dalam hati.   "Happy anniversary sayang..." ucap aku perlahan. Air mata aku jatuh lagi.   "Abang akan tunaikan janji abang... Setia abang hanya untuk Nor..."   ***********     "Nor... Abang dah tunaikan janji abang. Abang harap Nor suka..." ujar aku perlahan. Tangan kanan aku letakkan di batu nisan. Sudah hampir satu jam aku duduk di hujung 'dunia' ini.   "Syawal dah besar dah Nor. Dah dua puluh tahun dah budak tu...." sambung aku lagi. Aku ketap bibir. Buat ke sekian kalinya, air mata aku menitik lagi.   "Tengok... Abang pun tak pernah cari perempuan lain. Abang setia dengan Nor tau..."   "Ayah... Jom kita balik. Hari pun macam nak hujan lebat je ni..."   "Hmmm... Yelah..." aku toleh kepala ke arah empunya suara. Syawal tersenyum.   "Nor... Senyum Syawal sama dengan Nor tau.. Dan dia sekarang pun dah berjaya belajar di Al-Azhar. Nak jadi ustaz katanya..." ujar aku perlahan sambil mata aku arahkan ke kubur arwah Nor. Syawal bin Harith. Itulah nama yang aku beri kepada anak aku dan Nor ini. Nama sempena kelahirannya di bulan Syawal dua puluh tahun yang lepas.  Heh... Mungkin ramai yang akan mengatakan aku gila kerana masih setia pada yang sudah tiada. Biarlah. Walaupun Nor hanya dipinjamkan sebentar saja untuk aku di dunia ini, namun aku yakin. Allah akan memulangkan Nor aku di sana nanti. Walau sekejap, namun cinta itu aku rasa hingga sekarang. Cinta aku untuk Nor tiada gantinya... Terima kasih ya Allah di atas rasa ini.... Dan terina kasih kerana mengurniakan Syawal. Syawal... Anugerah yang terindah...

Saturday, 15 June 2013

BAB 2

       BAB 2       "Kak, mee kuah satu!"jerit seorang pelajar berbangsa India.   "Keropok bulat-bulat dua kak. Bukan yang tu, yang sebelah dia tu!"pinta seorang lagi.   "Lontong besar satu!"lagi suara pekikan kedengaran.   Kelam-kabut jadinya pekerja kantin dan sesekali ditengkingnya para pelajar yang tidak tahu erti sabar itu.   "Hai, sorang je ke? Boleh duduk sebelah?"pinta Zakiah sambil tangan kanannya memegang sepinggan mee dan segelas air sirap di tangan kirinya. Tanpa dipelawa, Zakiah terus melabuhkan punggungnya di sebelah Shima.   "Setengah mati jugak aku nak dapatkan mee ni! Adalah dua tiga orang kena siku dengan aku." beritahu Zakiah tanpa ditanya.   "Aik, minum je?" tanya Zakiah   "Shima dietla.." jawab Shima sambil tersenyum manis. Ekor mata Shima melihat hidangan rakannya itu. Mee goreng penuh sepinggan. Lebih layak untuk hidangan dua orang. Di atas timbunan mee pula terletak cantik tiga biji karipap dan dua biji keria.   "Patutlah montel," bisik hati Shima sambil tertawa kecil.   "Oooo... Kutuk akulah tu. Aku taulah aku ni montel,"herdik Zakiah apabila dia perasan Shima seakan mengetawakannya.   "Mana ada. Shima ketawa pasal lawak kat kelas tadi lah," Shima beralasan.   "Lawak budak Parjo tu ke? Dia tu memang macam tu. Nak tarik perhatian oranglah tu kononnya. Kau tahu tak, dia tahu jawapan sebenar soalan tu. Dia tu antara pelajar yang terpandai dan terkaya kat sekolah kita ni. Cuma perangainya aje aku tak berkenan. Kurang ajar sikit, tak kira siapa, cikgu ke, pelajar ke,.." balas Zakiah panjang lebar.   "Ye ke?" tanya Shima agak terperanjat.   "Yela, samalah perangai dengan kawan kamceng dia tu, Kasiban. Kasiban tu kaki ampu. Kerjanya mengampu si Parjo je," sambung Zakiah   "Kasiban? Yang mana satu?" tanya sambil sambil kepalanya digaru perlahan   "Ala, mamat yang cikgu suruh sambungkan perumpamaan harimau mati meninggalkan belang tu," Zakiah cuba mengingatkan Shima.   "Ooo, yang dia jawab manusia mati meninggal dunia tu eh?" Shima lantas memotong dan berderailah ketawa mereka.   Shima menepuk peha Zakiah sebagai isyarat apabila dilihat beberapa mata melihat tingkahlaku mereka.   "Jangan ketawa kuat-kuat. Malu Shima," bisik Shima.   "Eleh, kau pun sama," betah Zakiah sambil mencebikkan bibirnya.   "Tapi kan, Parjo tu hensem juga kan? Cuma gigi kapaknya je yang besar sangat. Macam arnab," sambung Shima.   "Kat sini, dia orang tu kita gelarkan arnab dan kura-kura," jelas Zakiah.   "Apasal pulak?"   "Parjo tu sebab gigi dia macam arnab. Kasiban tu pulak dia punya jalan macam kura-kura. Macam ni.." Zakiah lantas bangun lalu mengajukkan cara jalan si Kasiban. Kedua-dua bahunya diangkat tinggi sedikit. Kepalanya pula direndahkan. Shima tidak dapat menahan ketawa melihatkan gelagat Zakiah. Bukan kerana ajukan Zakiah, tetapi kelakar melihat cara Zakiah yang gemuk gedempol itu mengajuk. Langsung tidak nampak seperti kura-kura, tetapi lebih kepada spesis orang utan.   Zakiah lekas-lekas duduk kembali apabila melihat beberapa pelajar di meja sebelah turut mentertawakannya.   "Okeylah, aku makan dulu. Makan?" pelawa Zakiah. Shima hanya menggeleng perlahan. Zakiah manyuap pantas mee ke mulutnya. Sekali suap saja penuh mulut Zakiah hingga kedua pipinya menggelembung. Gelojoh sungguh. Suapan itu diselang-selikan pula dengan tegukan air sirap. Mungkin mee yang penuh di dalam mulut menyukarkannya untuk menelan. Shima tersengih. Tidak sampai dua minit, licin sepinggan mee goreng. Giliran untuk mengunyah kuih pula. Shima tergamam apabila melihat sebiji karipap hanya dimasukkan sekali sahaja ke dalam mulutnya. "Dia ni bela hantu raya ke?" ejek Shima di dalam hati.   "Ni mesti cakap aku macam hantu raya!"tuduh Zakiah membuatkan Shima sedikit terperanjat.   "Sorrylah sayang, abang lambat sikit. Tadi tolong cikgu disiplin tangkap budak khalwat kat belakang tu. Lama tunggu?" sergah Parjo memotong perbualan Zakiah dan Shima.   Zakiah menarik muka masam. Shima tunduk membisu.   "Siapa tunggu kau badigol?" herdik Zakiah sambil matanya dibesarkan.   "Oiii makcik Kiah! Siapa cakap dengan kau? Aku tanya Shima la. Shima tak rindu dengan saya yang hensem gila ni ke?"soal Parjo dengan gaya miangnya.   "Kau tu bukan hensem gila, tapi gila nak jadi hensem!" sampuk Zakiah lagi.   "Kau jangan buat aku marah Kiah! Nanti aku jadi hijau baru kau tahu!" gertak Parjo.   "Eee.. Jadi hijau? Takutnya aku. Jadi incredible hulk ke jadi katak pisang?" balas Zakiah sambil ketawa besar yang diselang-selikan dengan bunyi kentutnya yang nyaring dan tajam.   Merah padam muka Parjo. Kasiban pula hanya memerhati sambil tersengih.   "Jom Shima! Malas aku nak layan kartun-kartun ni!" Zakiah menarik tangan Shima lantas segera melangkah meninggalkan mereka berdua.   "Janganlah marah, nanti cepat manopous!" sindir Parjo separuh menjerit ke arah Zakiah yang semakin jauh meninggalkan mereka.   "Aku rasalah Siban, aku ni memang dilahirkan untuk dijodohkan dengan Shima tu. Betul tak?" tanya Parjo kepada rakannya yang masih belum berhenti tersengih.   "Betul tu Parjo. Betul tu. Kau sajalah makhluk yang layak mengahwini si Shima tu di alam cakerawala ini. Sebab muka kau ada iras muka Jamal Abdillah kau tahu!" ampu Kasiban sambil menepuk bahu Parjo.   "Muka macam mangkuk tingkat,perasan hensem konon," kata hati Kasiban pula.   "Yeke muka aku macam Jamal? Kau memang bestlah Siban. Balik sekolah nanti aku belanja mee kuah," pantas Parjo menjawab.   "Fuh, nasib baik dia tak cakap muka aku macam mangkuk tingkat,"bisik hati Parjo sambil menarik nafas lega.   "Kaulah kawan aku di dunia Parjo," ampu Kasiban lagi.   "Aik? Kat dunia je? Kat akhirat tak?"   "Tak boleh!"   "Apasal pulak?"   "Sebab orang jahat macam kau, kena masuk neraka, macam mana aku nak kawan?!" Kasiban melawak. Terkekeh dia ketawa. Tidak disangka idea lawak spontannya begitu hebat dan bertaraf antarabangsa.   "Ooo... Macamlah dia tu baik sangat!"Parjo terus menarik rambut di belakang kepala Kasiban lalu dihantukkan berulang kali ke meja kantin.   "Oi, aku gurau jelah!" jerit Kasiban sambil ketawa. Begitulah sikap mereka. Ada saja kutuk-mengutuk yang berakhir dengan adegan yang agak keterlaluan. Semacam sudah menjadi kemestian.   "Kau nak dengar satu cerita tak Siban?" tanya Parjo sambil menyikat rambut kerintingnya.   "Nak, nak! Tapi dengar cerita kau sambil hirup mee kuah pun okey jugak!"   "Banyaklah kau!" jawab Parjo sambil meluku kepala Kasiban berkali-kali.   "Sebelum kau datang sekolah ni, aku ada couple dengan sorang minah ni. Tapi sayang, minah tu mintak putus sebab dia kata kitorang ni tak sepadan. Macam beauty and the beast. Sedih aku!" cerita Parjo penuh emosi.   "Sabar jelah Jo. Biarlah orang hina kita," jawab Kasiban menenangkan kawan baiknya itu.   "Tulah. Aku ada jugak cakap macam tu kat dia. Redha jelah dengan pemberian Tuhan. Padahal muka dia taklah buruk sangat!" jawab Parjo selamba. Ternganga Kasiban mendengar jawapan Parjo tadi. Ingatkan dah sedar diri!   Zakiah mempercepatkan langkahnya agar dapat bersaing dengan langkah Shima. Termengah-mengah Zakiah dibuatnya. Terasa seperti karipap yang baru di makan tadi kembali ke hujung anak tekaknya. Meronta-ronta minta dimuntahkan semula.   "Oi! Perlahanlah sikit! Aku penatlah!" pinta Zakiah lantas menarik tangan rakannya itu. Shima ketawa kecil melihat telatah Zakiah itu.   "Aku lupa nak tanya kau. Ayah kau kerja kat mana?"   "Ayah Shima cikgu. Dia jadi penolong kanan kat sekolah sebelah," jelas Shima.   "Oo, anak cikgu. Apasal tak mohon satu sekolah je dengan ayah kau?" tanya Zakiah lagi. "Malaslah. Nanti kalau Shima buat salah, benganglah Shima," balas Shima. Zakiah tersenyum.   "Zakiah! Berhenti sekejap!"pinta Shima memutuskan perbualan mereka tadi.   "Kau nampak tak budak yang duduk sorang-sorang kat astaka tu? Dia budak kelas kita kan?"tanya Shima   "Ooh.. Itu Amit. Setiap hari, waktu rehat ke, balik sekolah ke, kat situlah dia duduk sorang-sorang. Kadang-kadang cakap sorang-sorang, macam orang tak betul,"jawab Zakiah.   "Ye ke? Macam mana boleh jadi macam tu?"   "Dua tahun lepas mak dia meninggal, kena AIDS,"jelas Zakiah. Shima tergamam seketika.   "Bapak dia tu penagih dadah! Tu yang mak dia kena AIDS tu! Masa mak dia tengah sakit, bapak dia menghilangkan diri. Aku rasalah, bapak dia mesti dah mati sekarang," jelas Zakiah panjang lebar.   "Semenjak emak dia meninggal, semua orang pulaukan dia. Aku memang benci dengan dia tu!"   "Kenapa?"   "Tulah agaknya balasan tuhan. Dulu si Amit tu jahat kau tahu. Satu geng dengan si Parjo tu. Kerjanya buli orang je. Aku tak boleh lupa, dia tendang perut aku sebab tak bagi pinjam lima ringgit. Tiga hari aku tak boleh berak!" cerita Zakiah dengan penuh geram.   "Hari keempat?"Shima selamba bertanya..   Zakiah mengerutkan kening sambil mencerunkan matanya. Marah juga dengan soalan bangang Shima tadi.   "Kesian Shima tengok dia tu. Kat kelas pun diam je," sambung Shima.   "Orang macam tu jangan bagi kesian. Kalau kita kawan, silap-silap kita pulak yang jadi tak betul!" Zakiah menambah.   "Tak baik kau cakap macam tu. Bagi dia peluang kedua!"   "Takdenye peluang kedua. Entah-entah dia pun ada AIDS agaknya. Geli-geleman aku!"Zakiah membalas sambil mulutnya dimuncungkan ke depan. Shima menjeling ke arah Zakiah. Dari sisi tepi, dengan tahap kemuncungan yang maksimum, wajah Zakiah seolah-olah berubah seratus peratus. Wajahnya kini lebih mirip wajah Donald Duck. Wakaka. Shima tertawa di dalam hati. "Habis tu, dia tinggal dengan siapa?" Shima semakin berminat dengan cerita Zakiah.   "Manalah aku tahu. Entah kat mana dia merempat. Nak terlingkup ke, terlentang ke, tertonggeng ke, peduli hapa aku!"Zakiah mengomel dengan suara yang agak meninggi. Memang layaklah dia dengan gelaran Kiah Becok yang disandangnya.   Budak jahat. Kemudian dipinggirkan. Kesunyian, keseorangan. Berubah menjadi pendiam. Pantas betul roda kehidupan berputar. Terpalit rasa kasihan di hati Shima. Dapatkah Amit memikul bebanan ini sementara rakan sebayanya menikmati keindahan dunia remaja mereka. Masihkah ada jalan bahagia untuknya atau terus-terusan diuji sebegini.   "Aku boleh, kenapa tidak dia!"Shima memujuk hatinya.   "Saudariku Shima. Yang kau tenung budak tu lama-lama apasal? Entah-entah kau dah jatuh cinta dengan dia eh? Eee... Selisih!" sindir Zakiah yang rupanya dari tadi memerhatikan tingkah-lakunya.   "Kau ni dah buta ke Shima? Tak tahu menilai kaca dan permata!"sambung Zakiah.   "Kaca pun berguna juga Kiah. Kita je yang membezakan letak duduknya," balas Shima sambil tersenyum tawar. Sedikit kesal dengan pemikiran cetek kawan barunya itu. Hanya tahu menghukum mengikut persepsi sendiri.   "Malaslah aku layan kau. Jom masuk kelas. Kejap lagi waktu rehat dah nak habis,"ajak Zakiah.    

Monday, 28 January 2013

Link untuk koleksi 6 bab...

Kepada pmbaca... bolehlah baca kolaksi 6 bab di link ni..hehe

http://www.penulisan2u.my/index.php?s=aku+bukan+cipan%21%21%21

Sunday, 20 January 2013

Harith Hakeem: Aku Bukan Cipan!!! Inilah tajuk novel pertama aku....

Harith Hakeem: Aku Bukan Cipan!!!
Inilah tajuk novel pertama aku....
: Aku Bukan Cipan!!! Inilah tajuk novel pertama aku. Lebih 10 tahun aku rasa perap novel ni....hehe Tak sempat...sibuk kerja. Actually dah l...