Kepada pmbaca... bolehlah baca kolaksi 6 bab di link ni..hehe
http://www.penulisan2u.my/index.php?s=aku+bukan+cipan%21%21%21
Search This Blog
Monday, 28 January 2013
Wednesday, 23 January 2013
Monday, 21 January 2013
Sunday, 20 January 2013
Harith Hakeem: Aku Bukan Cipan!!! Inilah tajuk novel pertama aku....
Harith Hakeem: Aku Bukan Cipan!!!
Inilah tajuk novel pertama aku....: Aku Bukan Cipan!!! Inilah tajuk novel pertama aku. Lebih 10 tahun aku rasa perap novel ni....hehe Tak sempat...sibuk kerja. Actually dah l...

Thursday, 17 January 2013
Bab 1
BAB 1
Aku tidak sempurna. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku tidak pernah minta dilayan seperti putera raja. Cukuplah sekadar menerima kehadiranku sebagai manusia biasa. Aku bukan cipan! 1990. Pasar ikan! Itulah perkataan yang paling tepat bagi sesiapa sahaja yang melintas ataupun masuk ke kelas 5 Sastera 3 ini. Ia bukanlah sesuatu yang asing atau menghairankan. Membuat bising bagai sudah menjadi satu kemestian para pelajarnya untuk mengisi masa lapang sementara menunggu giliran guru seterusnya mengambil alih kelas.
Walaupun hanya 2 minit, masa sebegitu tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja. Tidak hairanlah jika sikap ‘mencuri masa' pelajar kelas ini menjadi buah mulut atau bahan umpatan guru-guru di Sekolah Menengah Jalan Batu Pahat ini. Pelbagai cara sudah digunapakai. Nasihat, amaran waima hukuman sekalipun tidak akan memberi kesan dan mematahkan semangat mereka untuk menjadikan kelas mereka disegani.
Amit masih terangguk-angguk seorang diri ditemani sebuah walkman. Seperti selalu, lagu rock yang sudah berulang kali didengar masih setia menjadi halwa telinganya. Mulutnya terkumat-kumat mengikut lirik lagu sambil matanya liar memerhatikan rakan sekelilingnya. Tiba-tiba, matanya terhenti di satu dudut belakang kelasnya. Parjo yang pernah menjadi rakan karibnya suatu ketika dahulu sedang berlawan gusti lengan dengan Kasiban. Amit tersenyum sendiri melihat telatah Parjo dan Kasiban bermati-matian dalam sperlawanan ini. Walaupun tiada seorang pun penonton, ia tidak mematahkan semangat juang mereka. Sempat lagi Parjo menyanyi-nyanyi kecil. Mungkin sebagai satu sindiran untuk Kasiban yang hampir kalah dalam pertarungan.
Siapa tidak kenal Parjo. Pelajar yang disenaraihitamkan pihak sekolah di atas masalah disiplinnya. Ponteng kelas, cabut sekolah, menghisap rokok dan membuli pelajar adalah antara senarai-senarai rutin harian di sekolah. Gambaran masa silam tiba-tiba tepampang di minda Amit. Bagaimana akrabnya dia dan Parjo berganding bahu menetang disiplin di sekolah. Rotan guru disiplin pun sudah hampir lunyai untuk membentuk sikap mereka. Pernah mereka ditangkap kerana ponteng kelas dengan bersembunyi di atas loteng kelas. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila perbuatan mereka disedari seorang pengawas. Sebagai balasan, rotanlah yang menjadi hidangan punggung mereka. Tetapi yang peliknya, mereka masih mampu tersenyum walaupun menerima tiga sebatan sekaligus. Terjal betul!
"Berita terkini, hiburan sensasi! Sekejap lagi cikgu sampai!" pekik Ajis, ketua tingakatan memberi amaran membuat khayalan Amit terhenti tiba-tiba. Semua pelajar kelam-kabut mencari tempat masing-masing. Lebih-lebih lagi Ajis, seorang ketua tingkatan yang sering berkompromi dengan anak-anak buahnya membuat bising. Cikgu Hamidon, guru bahasa Melayu melangkah masuk sambil matanya melilau memandang kesemua pelajarnya. Keningnya berkerut dan dapat dilihat mulutnya mengomel perlahan. Dialah antara guru yang menjadi kesayangan para pelajar kerana sikapnya yang suka melawak. Ditambah lagi dengan keadaan tubuhnya yang gemuk dan boroi berkepala botak dan menyimpan misai ala chaplin menyerlahkan lagi ketrampilannya persis seorang pelawak. Di belakangnya, seorang gadis asing membontoti langkahnya. Langkah si gadis diatur kemas. Sesekali ekor matanya mencuri pandang ke arah para pelajar. "Dari jauh lagi saya dengar suara kamu. Tapi yang peliknya, bila sampai depan pintu, sunyi sepi kelas. Semua tengah baca buku. Bagus! Lepas ni saya nak soal!" cikgu Hamidon seakan menakutkan pelajarnya. Dia hampir saja ketawa melihatkan semua pelajar agak terperanjat tetapi ketawa dapat dilindungi dengan sedikit batuk yang dibuat-buat. "Baiklah! Ini adalah pelajar baru kelas kita," sambung cikgu Hamidon. Semua pelajar memandang tepat ke arah si gadis ayu di hadapan kelas itu. Memang sempurna. Pipinya gebu. Bermata redup. Keningnya sedikit tebal tetapi agak tersusun. Dan yang paling menarik, bibirnya yang kecil. Si gadis seakan tidak selesa dengan keadaan ini. Serba tak kena dibuatnya. Beg yang digalas di bahu kiri, diubah pula ke bahu kanan. Parjo mengeluarkan sikat dari kocek bajunya dan menyisir perlahan rambutnya yang kerinting. Disisirkan sikatnya perlahan-lahan ke belakang. Lurus pula rambutnya dilihat ketika disisirkan. Parjo kelihatan lebih segak dengan rambut seperti itu. Tetapi kehenseman itu tidak kekal. Rambutnya kembali kembang seperti sedia-kala tatkala sikat itu sampai ke hujung rambutnya. Rambutnya kini tak ubah seperti sarang tebuan! Kehkeh. Senyuman manja terukir di bibirnya. Senyumannya disengetkan lebih ke pipi kiri agar kelihatan lebih manis. "Parjo! Jangan tengok lama-lama. Nanti juling!" sindir cikgu Hamidon. Parjo tersipu-sipu malu dengan gaya yang agak dibuat-buat. "Sila perkenalkan diri kamu..," minta cikgu Hamidon. "Nama saya Norshima bte Jalal. Saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damansara Kuala Lumpur. Mmm… panggil saya Shima je. Tu je lah!" terang si gadis bernama Shima dengan suara agak terketar-ketar. "Shima!" teriak Parjo. Seisi kelas tertumpu ke arahnya. Menunggu buti bicara selanjutnya "Takde apa… saje je test power. Kalau dah jadi awek, taklah kekok sangat sebut nama Shima," terang Parjo sambil tersengih menampakkan cebisan lada pada gigi kapaknya. "Awak ni Parjo, gigi ada sticker ada hati nak ngurat awek!" betah cikgu Hamidon membuat Parjo kelam-kabut mengesat giginya menggunakan hujung bahu bajunya. Berderailah ketawa seisi kelas. Shima yang dari tadi diam saling berpandangan dengan cikgu Hamidon kemudian ikut sama ketawa. "Sudah! Sudah! Shima, awak boleh duduk di sebelah Zakiah," cikgu Hamidon meredakan suasana gamat itu sambil tangannya menunujukkan ke arah tempat duduk kosong di hadapannya. Shima mengangguk tanda faham.dan terus menuju ke tempatnya. Di sebelah kanannya dilihat seorang pelajar yang hanya tunduk ke arah meja, langsung tidak mengendahkan dirinya di sebelah. "Apahal budak ni. Tengoklah aku ni. Ni yang tak puas hati ni!"bisik hatinya melihat tingkahlaku amit. "Hai, saya Zakiah. Tapi orang panggil saya Kiah Becok. Maklumla, mulut saya ni cabul. Selamat berkenalan," sapa Zakiah sambil tangannya dihulurkan. Sapaan Zakiah yang berada di kirinya langsung tidak diendahkan. Dia masih leka melihat jejaka di sebelahnya. Masih diam membatu. Hanya sesekali matanya terkedip-kedip memandang tepat ke arah helaian buku di hadapannya. Tetapi dia yakin, fikiran jejaka itu jauh sangat melayang kerana buku di hadapan lelaki itu terbalik! Kehkeh...kantoi! "Hey sedari, taknak salam kita ke?"sindir Zakiah, merajuk dengan sikap pelajar baru itu. "Eh, maaflah. Tak perasan tadi. Awak cakap apa tadi?"soal Shima spontan untuk meredakan rajuk Kiah. "Saya cakap, anak monyet kat dalam ekzos motor tu dah basuh belum?"Zakiah sengaja membuat lawak membuatkan Shima ketawa kecil, menampakkan giginya yang tersusun rapi. "Sebelum saya soal kamu, ada tak nak tanya pasal pelajaran semalam?" tanya cikgu Hamidon. Shima menoleh ke kanan dan melihat jejaka tadi mengangkat tangan sambil menggerakkannya dengan agak kuat. Tapi pelik, cikgu Hamidon langsung tidak memandangnya. "Pelik sunnguh! Mustahil cikgu tak perasan!"bisik hati Shima kesal dengan situasi seperti itu. "Baiklah, takde orang nak tanya. Jadi saya akan tanya kamu sebelum saya mulakan kelas hari ini," sambung cikgu Hamidon "Parjo! Bangun! Sambungkan perumpamaan ini. Kalau kail panjang sejengkal.....?" "Kalau kain panjang sejengkal, jangan cuba mengail di kali, kalau cikgu orang berakal, binatang apa keris di kaki? " balas Parjo dengan penuh yakin menyebabkan seluruh kelas riuh-rendah jadinya. "Pandainya awak. Diri atas kerusi!" arah cikgu Hamidon sambil sedikit ketawa. Kasiban yang duduk di sebelah Parjo masih belum reda dari ketawa. Ditepuk-tepuknya tepi meja dengan telapak tangannya. Mulutnya terbuka luas hingga menampakkan kesan tampalan di giginya. "Kasiban! Seronoknya! Bangun! Soalan seterusnya, sambungkan perumpamaan ini. Harimau mati meninggalkan belang....?

Hmmmmm....thanx kepada abang aku iwan. dialah yang banyak membantu aku dalam penghasilan novel ini. Sememangnya aku bukan dari zaman rock kapak! zaman Search! Zaman Wings!!hehe. Adalah aku buat reserch sket pasal zaman tu.... Die ni lah yang banyak bg aku info...hehe tak lame lagi aku akan kuarkan watak-watak novel ni dalam bentuk kartun. Nantikan k...hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)