Search This Blog

Saturday, 15 June 2013

BAB 2

       BAB 2       "Kak, mee kuah satu!"jerit seorang pelajar berbangsa India.   "Keropok bulat-bulat dua kak. Bukan yang tu, yang sebelah dia tu!"pinta seorang lagi.   "Lontong besar satu!"lagi suara pekikan kedengaran.   Kelam-kabut jadinya pekerja kantin dan sesekali ditengkingnya para pelajar yang tidak tahu erti sabar itu.   "Hai, sorang je ke? Boleh duduk sebelah?"pinta Zakiah sambil tangan kanannya memegang sepinggan mee dan segelas air sirap di tangan kirinya. Tanpa dipelawa, Zakiah terus melabuhkan punggungnya di sebelah Shima.   "Setengah mati jugak aku nak dapatkan mee ni! Adalah dua tiga orang kena siku dengan aku." beritahu Zakiah tanpa ditanya.   "Aik, minum je?" tanya Zakiah   "Shima dietla.." jawab Shima sambil tersenyum manis. Ekor mata Shima melihat hidangan rakannya itu. Mee goreng penuh sepinggan. Lebih layak untuk hidangan dua orang. Di atas timbunan mee pula terletak cantik tiga biji karipap dan dua biji keria.   "Patutlah montel," bisik hati Shima sambil tertawa kecil.   "Oooo... Kutuk akulah tu. Aku taulah aku ni montel,"herdik Zakiah apabila dia perasan Shima seakan mengetawakannya.   "Mana ada. Shima ketawa pasal lawak kat kelas tadi lah," Shima beralasan.   "Lawak budak Parjo tu ke? Dia tu memang macam tu. Nak tarik perhatian oranglah tu kononnya. Kau tahu tak, dia tahu jawapan sebenar soalan tu. Dia tu antara pelajar yang terpandai dan terkaya kat sekolah kita ni. Cuma perangainya aje aku tak berkenan. Kurang ajar sikit, tak kira siapa, cikgu ke, pelajar ke,.." balas Zakiah panjang lebar.   "Ye ke?" tanya Shima agak terperanjat.   "Yela, samalah perangai dengan kawan kamceng dia tu, Kasiban. Kasiban tu kaki ampu. Kerjanya mengampu si Parjo je," sambung Zakiah   "Kasiban? Yang mana satu?" tanya sambil sambil kepalanya digaru perlahan   "Ala, mamat yang cikgu suruh sambungkan perumpamaan harimau mati meninggalkan belang tu," Zakiah cuba mengingatkan Shima.   "Ooo, yang dia jawab manusia mati meninggal dunia tu eh?" Shima lantas memotong dan berderailah ketawa mereka.   Shima menepuk peha Zakiah sebagai isyarat apabila dilihat beberapa mata melihat tingkahlaku mereka.   "Jangan ketawa kuat-kuat. Malu Shima," bisik Shima.   "Eleh, kau pun sama," betah Zakiah sambil mencebikkan bibirnya.   "Tapi kan, Parjo tu hensem juga kan? Cuma gigi kapaknya je yang besar sangat. Macam arnab," sambung Shima.   "Kat sini, dia orang tu kita gelarkan arnab dan kura-kura," jelas Zakiah.   "Apasal pulak?"   "Parjo tu sebab gigi dia macam arnab. Kasiban tu pulak dia punya jalan macam kura-kura. Macam ni.." Zakiah lantas bangun lalu mengajukkan cara jalan si Kasiban. Kedua-dua bahunya diangkat tinggi sedikit. Kepalanya pula direndahkan. Shima tidak dapat menahan ketawa melihatkan gelagat Zakiah. Bukan kerana ajukan Zakiah, tetapi kelakar melihat cara Zakiah yang gemuk gedempol itu mengajuk. Langsung tidak nampak seperti kura-kura, tetapi lebih kepada spesis orang utan.   Zakiah lekas-lekas duduk kembali apabila melihat beberapa pelajar di meja sebelah turut mentertawakannya.   "Okeylah, aku makan dulu. Makan?" pelawa Zakiah. Shima hanya menggeleng perlahan. Zakiah manyuap pantas mee ke mulutnya. Sekali suap saja penuh mulut Zakiah hingga kedua pipinya menggelembung. Gelojoh sungguh. Suapan itu diselang-selikan pula dengan tegukan air sirap. Mungkin mee yang penuh di dalam mulut menyukarkannya untuk menelan. Shima tersengih. Tidak sampai dua minit, licin sepinggan mee goreng. Giliran untuk mengunyah kuih pula. Shima tergamam apabila melihat sebiji karipap hanya dimasukkan sekali sahaja ke dalam mulutnya. "Dia ni bela hantu raya ke?" ejek Shima di dalam hati.   "Ni mesti cakap aku macam hantu raya!"tuduh Zakiah membuatkan Shima sedikit terperanjat.   "Sorrylah sayang, abang lambat sikit. Tadi tolong cikgu disiplin tangkap budak khalwat kat belakang tu. Lama tunggu?" sergah Parjo memotong perbualan Zakiah dan Shima.   Zakiah menarik muka masam. Shima tunduk membisu.   "Siapa tunggu kau badigol?" herdik Zakiah sambil matanya dibesarkan.   "Oiii makcik Kiah! Siapa cakap dengan kau? Aku tanya Shima la. Shima tak rindu dengan saya yang hensem gila ni ke?"soal Parjo dengan gaya miangnya.   "Kau tu bukan hensem gila, tapi gila nak jadi hensem!" sampuk Zakiah lagi.   "Kau jangan buat aku marah Kiah! Nanti aku jadi hijau baru kau tahu!" gertak Parjo.   "Eee.. Jadi hijau? Takutnya aku. Jadi incredible hulk ke jadi katak pisang?" balas Zakiah sambil ketawa besar yang diselang-selikan dengan bunyi kentutnya yang nyaring dan tajam.   Merah padam muka Parjo. Kasiban pula hanya memerhati sambil tersengih.   "Jom Shima! Malas aku nak layan kartun-kartun ni!" Zakiah menarik tangan Shima lantas segera melangkah meninggalkan mereka berdua.   "Janganlah marah, nanti cepat manopous!" sindir Parjo separuh menjerit ke arah Zakiah yang semakin jauh meninggalkan mereka.   "Aku rasalah Siban, aku ni memang dilahirkan untuk dijodohkan dengan Shima tu. Betul tak?" tanya Parjo kepada rakannya yang masih belum berhenti tersengih.   "Betul tu Parjo. Betul tu. Kau sajalah makhluk yang layak mengahwini si Shima tu di alam cakerawala ini. Sebab muka kau ada iras muka Jamal Abdillah kau tahu!" ampu Kasiban sambil menepuk bahu Parjo.   "Muka macam mangkuk tingkat,perasan hensem konon," kata hati Kasiban pula.   "Yeke muka aku macam Jamal? Kau memang bestlah Siban. Balik sekolah nanti aku belanja mee kuah," pantas Parjo menjawab.   "Fuh, nasib baik dia tak cakap muka aku macam mangkuk tingkat,"bisik hati Parjo sambil menarik nafas lega.   "Kaulah kawan aku di dunia Parjo," ampu Kasiban lagi.   "Aik? Kat dunia je? Kat akhirat tak?"   "Tak boleh!"   "Apasal pulak?"   "Sebab orang jahat macam kau, kena masuk neraka, macam mana aku nak kawan?!" Kasiban melawak. Terkekeh dia ketawa. Tidak disangka idea lawak spontannya begitu hebat dan bertaraf antarabangsa.   "Ooo... Macamlah dia tu baik sangat!"Parjo terus menarik rambut di belakang kepala Kasiban lalu dihantukkan berulang kali ke meja kantin.   "Oi, aku gurau jelah!" jerit Kasiban sambil ketawa. Begitulah sikap mereka. Ada saja kutuk-mengutuk yang berakhir dengan adegan yang agak keterlaluan. Semacam sudah menjadi kemestian.   "Kau nak dengar satu cerita tak Siban?" tanya Parjo sambil menyikat rambut kerintingnya.   "Nak, nak! Tapi dengar cerita kau sambil hirup mee kuah pun okey jugak!"   "Banyaklah kau!" jawab Parjo sambil meluku kepala Kasiban berkali-kali.   "Sebelum kau datang sekolah ni, aku ada couple dengan sorang minah ni. Tapi sayang, minah tu mintak putus sebab dia kata kitorang ni tak sepadan. Macam beauty and the beast. Sedih aku!" cerita Parjo penuh emosi.   "Sabar jelah Jo. Biarlah orang hina kita," jawab Kasiban menenangkan kawan baiknya itu.   "Tulah. Aku ada jugak cakap macam tu kat dia. Redha jelah dengan pemberian Tuhan. Padahal muka dia taklah buruk sangat!" jawab Parjo selamba. Ternganga Kasiban mendengar jawapan Parjo tadi. Ingatkan dah sedar diri!   Zakiah mempercepatkan langkahnya agar dapat bersaing dengan langkah Shima. Termengah-mengah Zakiah dibuatnya. Terasa seperti karipap yang baru di makan tadi kembali ke hujung anak tekaknya. Meronta-ronta minta dimuntahkan semula.   "Oi! Perlahanlah sikit! Aku penatlah!" pinta Zakiah lantas menarik tangan rakannya itu. Shima ketawa kecil melihat telatah Zakiah itu.   "Aku lupa nak tanya kau. Ayah kau kerja kat mana?"   "Ayah Shima cikgu. Dia jadi penolong kanan kat sekolah sebelah," jelas Shima.   "Oo, anak cikgu. Apasal tak mohon satu sekolah je dengan ayah kau?" tanya Zakiah lagi. "Malaslah. Nanti kalau Shima buat salah, benganglah Shima," balas Shima. Zakiah tersenyum.   "Zakiah! Berhenti sekejap!"pinta Shima memutuskan perbualan mereka tadi.   "Kau nampak tak budak yang duduk sorang-sorang kat astaka tu? Dia budak kelas kita kan?"tanya Shima   "Ooh.. Itu Amit. Setiap hari, waktu rehat ke, balik sekolah ke, kat situlah dia duduk sorang-sorang. Kadang-kadang cakap sorang-sorang, macam orang tak betul,"jawab Zakiah.   "Ye ke? Macam mana boleh jadi macam tu?"   "Dua tahun lepas mak dia meninggal, kena AIDS,"jelas Zakiah. Shima tergamam seketika.   "Bapak dia tu penagih dadah! Tu yang mak dia kena AIDS tu! Masa mak dia tengah sakit, bapak dia menghilangkan diri. Aku rasalah, bapak dia mesti dah mati sekarang," jelas Zakiah panjang lebar.   "Semenjak emak dia meninggal, semua orang pulaukan dia. Aku memang benci dengan dia tu!"   "Kenapa?"   "Tulah agaknya balasan tuhan. Dulu si Amit tu jahat kau tahu. Satu geng dengan si Parjo tu. Kerjanya buli orang je. Aku tak boleh lupa, dia tendang perut aku sebab tak bagi pinjam lima ringgit. Tiga hari aku tak boleh berak!" cerita Zakiah dengan penuh geram.   "Hari keempat?"Shima selamba bertanya..   Zakiah mengerutkan kening sambil mencerunkan matanya. Marah juga dengan soalan bangang Shima tadi.   "Kesian Shima tengok dia tu. Kat kelas pun diam je," sambung Shima.   "Orang macam tu jangan bagi kesian. Kalau kita kawan, silap-silap kita pulak yang jadi tak betul!" Zakiah menambah.   "Tak baik kau cakap macam tu. Bagi dia peluang kedua!"   "Takdenye peluang kedua. Entah-entah dia pun ada AIDS agaknya. Geli-geleman aku!"Zakiah membalas sambil mulutnya dimuncungkan ke depan. Shima menjeling ke arah Zakiah. Dari sisi tepi, dengan tahap kemuncungan yang maksimum, wajah Zakiah seolah-olah berubah seratus peratus. Wajahnya kini lebih mirip wajah Donald Duck. Wakaka. Shima tertawa di dalam hati. "Habis tu, dia tinggal dengan siapa?" Shima semakin berminat dengan cerita Zakiah.   "Manalah aku tahu. Entah kat mana dia merempat. Nak terlingkup ke, terlentang ke, tertonggeng ke, peduli hapa aku!"Zakiah mengomel dengan suara yang agak meninggi. Memang layaklah dia dengan gelaran Kiah Becok yang disandangnya.   Budak jahat. Kemudian dipinggirkan. Kesunyian, keseorangan. Berubah menjadi pendiam. Pantas betul roda kehidupan berputar. Terpalit rasa kasihan di hati Shima. Dapatkah Amit memikul bebanan ini sementara rakan sebayanya menikmati keindahan dunia remaja mereka. Masihkah ada jalan bahagia untuknya atau terus-terusan diuji sebegini.   "Aku boleh, kenapa tidak dia!"Shima memujuk hatinya.   "Saudariku Shima. Yang kau tenung budak tu lama-lama apasal? Entah-entah kau dah jatuh cinta dengan dia eh? Eee... Selisih!" sindir Zakiah yang rupanya dari tadi memerhatikan tingkah-lakunya.   "Kau ni dah buta ke Shima? Tak tahu menilai kaca dan permata!"sambung Zakiah.   "Kaca pun berguna juga Kiah. Kita je yang membezakan letak duduknya," balas Shima sambil tersenyum tawar. Sedikit kesal dengan pemikiran cetek kawan barunya itu. Hanya tahu menghukum mengikut persepsi sendiri.   "Malaslah aku layan kau. Jom masuk kelas. Kejap lagi waktu rehat dah nak habis,"ajak Zakiah.    

Monday, 28 January 2013

Link untuk koleksi 6 bab...

Kepada pmbaca... bolehlah baca kolaksi 6 bab di link ni..hehe

http://www.penulisan2u.my/index.php?s=aku+bukan+cipan%21%21%21

Thursday, 17 January 2013

Bab 1

  BAB 1    

Aku tidak sempurna. Aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku tidak pernah minta dilayan seperti putera raja. Cukuplah sekadar menerima kehadiranku sebagai manusia biasa. Aku bukan cipan! 1990. Pasar ikan! Itulah perkataan yang paling tepat bagi sesiapa sahaja yang melintas ataupun masuk ke kelas 5 Sastera 3 ini. Ia bukanlah sesuatu yang asing atau menghairankan. Membuat bising bagai sudah menjadi satu kemestian para pelajarnya untuk mengisi masa lapang sementara menunggu giliran guru seterusnya mengambil alih kelas.  

Walaupun hanya 2 minit, masa sebegitu tidak akan dipersia-siakan begitu sahaja. Tidak hairanlah jika sikap ‘mencuri masa' pelajar kelas ini menjadi buah mulut atau bahan umpatan guru-guru di Sekolah Menengah Jalan Batu Pahat ini. Pelbagai cara sudah digunapakai. Nasihat, amaran waima hukuman sekalipun tidak akan memberi kesan dan mematahkan semangat mereka untuk menjadikan kelas mereka disegani.
  Amit masih terangguk-angguk seorang diri ditemani sebuah walkman. Seperti selalu, lagu rock yang sudah berulang kali didengar masih setia menjadi halwa telinganya. Mulutnya terkumat-kumat mengikut lirik lagu sambil matanya liar memerhatikan rakan sekelilingnya. Tiba-tiba, matanya terhenti di satu dudut belakang kelasnya. Parjo yang pernah menjadi rakan karibnya suatu ketika dahulu sedang berlawan gusti lengan dengan Kasiban. Amit tersenyum sendiri melihat telatah Parjo dan Kasiban bermati-matian dalam sperlawanan ini. Walaupun tiada seorang pun penonton, ia tidak mematahkan semangat juang mereka. Sempat lagi Parjo menyanyi-nyanyi kecil. Mungkin sebagai satu sindiran untuk Kasiban yang hampir kalah dalam pertarungan.
  Siapa tidak kenal Parjo. Pelajar yang disenaraihitamkan pihak sekolah di atas masalah disiplinnya. Ponteng kelas, cabut sekolah, menghisap rokok dan membuli pelajar adalah antara senarai-senarai rutin harian di sekolah.   Gambaran masa silam tiba-tiba tepampang di minda Amit. Bagaimana akrabnya dia dan Parjo berganding bahu menetang disiplin di sekolah. Rotan guru disiplin pun sudah hampir lunyai untuk membentuk sikap mereka. Pernah mereka ditangkap kerana ponteng kelas dengan bersembunyi di atas loteng kelas. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila perbuatan mereka disedari seorang pengawas. Sebagai balasan, rotanlah yang menjadi hidangan punggung mereka. Tetapi yang peliknya, mereka masih mampu tersenyum walaupun menerima tiga sebatan sekaligus. Terjal betul!  
"Berita terkini, hiburan sensasi! Sekejap lagi cikgu sampai!" pekik Ajis, ketua tingakatan memberi amaran membuat khayalan Amit terhenti tiba-tiba. Semua pelajar kelam-kabut mencari tempat masing-masing. Lebih-lebih lagi Ajis, seorang ketua tingkatan yang sering berkompromi dengan anak-anak buahnya membuat bising.   Cikgu Hamidon, guru bahasa Melayu melangkah masuk sambil matanya melilau memandang kesemua pelajarnya. Keningnya berkerut dan dapat dilihat mulutnya mengomel perlahan. Dialah antara guru yang menjadi kesayangan para pelajar kerana sikapnya yang suka melawak. Ditambah lagi dengan keadaan tubuhnya yang gemuk dan boroi berkepala botak dan menyimpan misai ala chaplin menyerlahkan lagi ketrampilannya persis seorang pelawak.   Di belakangnya, seorang gadis asing membontoti langkahnya. Langkah si gadis diatur kemas. Sesekali ekor matanya mencuri pandang ke arah para pelajar. "Dari jauh lagi saya dengar suara kamu. Tapi yang peliknya, bila sampai depan pintu, sunyi sepi kelas. Semua tengah baca buku. Bagus! Lepas ni saya nak soal!" cikgu Hamidon seakan menakutkan pelajarnya. Dia hampir saja ketawa melihatkan semua pelajar agak terperanjat tetapi ketawa dapat dilindungi dengan sedikit batuk yang dibuat-buat.   "Baiklah! Ini adalah pelajar baru kelas kita," sambung cikgu Hamidon. Semua pelajar memandang tepat ke arah si gadis ayu di hadapan kelas itu. Memang sempurna. Pipinya gebu. Bermata redup. Keningnya sedikit tebal tetapi agak tersusun. Dan yang paling menarik, bibirnya yang kecil. Si gadis seakan tidak selesa dengan keadaan ini. Serba tak kena dibuatnya. Beg yang digalas di bahu kiri, diubah pula ke bahu kanan. Parjo mengeluarkan sikat dari kocek bajunya dan menyisir perlahan rambutnya yang kerinting. Disisirkan sikatnya perlahan-lahan ke belakang. Lurus pula rambutnya dilihat ketika disisirkan. Parjo kelihatan lebih segak dengan rambut seperti itu. Tetapi kehenseman itu tidak kekal. Rambutnya kembali kembang seperti sedia-kala tatkala sikat itu sampai ke hujung rambutnya. Rambutnya kini tak ubah seperti sarang tebuan! Kehkeh. Senyuman manja terukir di bibirnya. Senyumannya disengetkan lebih ke pipi kiri agar kelihatan lebih manis.   "Parjo! Jangan tengok lama-lama. Nanti juling!" sindir cikgu Hamidon. Parjo tersipu-sipu malu dengan gaya yang agak dibuat-buat.   "Sila perkenalkan diri kamu..," minta cikgu Hamidon.   "Nama saya Norshima bte Jalal. Saya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damansara Kuala Lumpur. Mmm… panggil saya Shima je. Tu je lah!" terang si gadis bernama Shima dengan suara agak terketar-ketar.   "Shima!" teriak Parjo. Seisi kelas tertumpu ke arahnya. Menunggu buti bicara selanjutnya   "Takde apa… saje je test power. Kalau dah jadi awek, taklah kekok sangat sebut nama Shima," terang Parjo sambil tersengih menampakkan cebisan lada pada gigi kapaknya. "Awak ni Parjo, gigi ada sticker ada hati nak ngurat awek!" betah cikgu Hamidon membuat Parjo kelam-kabut mengesat giginya menggunakan hujung bahu bajunya. Berderailah ketawa seisi kelas. Shima yang dari tadi diam saling berpandangan dengan cikgu Hamidon kemudian ikut sama ketawa.   "Sudah! Sudah! Shima, awak boleh duduk di sebelah Zakiah," cikgu Hamidon meredakan suasana gamat itu sambil tangannya menunujukkan ke arah tempat duduk kosong di hadapannya. Shima mengangguk tanda faham.dan terus menuju ke tempatnya. Di sebelah kanannya dilihat seorang pelajar yang hanya tunduk ke arah meja, langsung tidak mengendahkan dirinya di sebelah.   "Apahal budak ni. Tengoklah aku ni. Ni yang tak puas hati ni!"bisik hatinya melihat tingkahlaku amit.   "Hai, saya Zakiah. Tapi orang panggil saya Kiah Becok. Maklumla, mulut saya ni cabul. Selamat berkenalan," sapa Zakiah sambil tangannya dihulurkan. Sapaan Zakiah yang berada di kirinya langsung tidak diendahkan. Dia masih leka melihat jejaka di sebelahnya. Masih diam membatu. Hanya sesekali matanya terkedip-kedip memandang tepat ke arah helaian buku di hadapannya. Tetapi dia yakin, fikiran jejaka itu jauh sangat melayang kerana buku di hadapan lelaki itu terbalik! Kehkeh...kantoi!   "Hey sedari, taknak salam kita ke?"sindir Zakiah, merajuk dengan sikap pelajar baru itu.   "Eh, maaflah. Tak perasan tadi. Awak cakap apa tadi?"soal Shima spontan untuk meredakan rajuk Kiah.   "Saya cakap, anak monyet kat dalam ekzos motor tu dah basuh belum?"Zakiah sengaja membuat lawak membuatkan Shima ketawa kecil, menampakkan giginya yang tersusun rapi.   "Sebelum saya soal kamu, ada tak nak tanya pasal pelajaran semalam?" tanya cikgu Hamidon.   Shima menoleh ke kanan dan melihat jejaka tadi mengangkat tangan sambil menggerakkannya dengan agak kuat. Tapi pelik, cikgu Hamidon langsung tidak memandangnya.   "Pelik sunnguh! Mustahil cikgu tak perasan!"bisik hati Shima kesal dengan situasi seperti itu.   "Baiklah, takde orang nak tanya. Jadi saya akan tanya kamu sebelum saya mulakan kelas hari ini," sambung cikgu Hamidon   "Parjo! Bangun! Sambungkan perumpamaan ini. Kalau kail panjang sejengkal.....?"   "Kalau kain panjang sejengkal, jangan cuba mengail di kali, kalau cikgu orang berakal, binatang apa keris di kaki? " balas Parjo dengan penuh yakin menyebabkan seluruh kelas riuh-rendah jadinya.   "Pandainya awak. Diri atas kerusi!" arah cikgu Hamidon sambil sedikit ketawa. Kasiban yang duduk di sebelah Parjo masih belum reda dari ketawa. Ditepuk-tepuknya tepi meja dengan telapak tangannya. Mulutnya terbuka luas hingga menampakkan kesan tampalan di giginya.   "Kasiban! Seronoknya! Bangun! Soalan seterusnya, sambungkan perumpamaan ini. Harimau mati meninggalkan belang....?
Hmmmmm....thanx kepada abang aku iwan. dialah yang banyak membantu aku dalam penghasilan novel ini. Sememangnya aku bukan dari zaman rock kapak! zaman Search! Zaman Wings!!hehe.  Adalah aku buat reserch sket pasal zaman tu.... Die ni lah yang banyak bg aku info...hehe tak lame lagi aku akan kuarkan watak-watak novel ni dalam bentuk kartun.  Nantikan k...hehe