Search This Blog

Wednesday, 23 July 2014

SYAWAL... ANUGERAH TERINDAH....         Aku... Masih setia menunggu. Aku... Masih mengharap rasa itu... Aku... Tetap aku... Tiada apa yang dapat merubah...       Hujan rintik.     'Aku kelu... Hati jadi bisu. Jiwa kosong. Hati sudah macam batu!'     Heh... Ungkapan yang patut untuk diri aku saat ini. Aku duduk berteleku di hujung 'dunia'  ini. Menjadi pemerhati. Memerhati 'sesuatu'. Aku lantas mengukir senyum tatkala mengingatkan sesuatu. Suatu yang sungguh indah dirasakan dulu.    Nafas aku hela, mata aku pejamkan.    Rindu.... Terlalu rindu. Mungkinkah aku akan dapat semula rasa itu? Atau... Apakah aku harus berusaha untuk menghilangkan rasa itu....? Tapi... Mana mungkin aku hilangkan itu... Dan, mana mungkin juga bagi aku untuk dapatkan semula rasa itu...?     Hmm... Nafas aku hela, mata aku buka kembali.     "Bang... Tengokkan kuali tu kejap ye... Nor nak sidai baju ni."   "Okey sayang...." jawab aku ceria.   Selepas 15 minit.     "Alamak sayang.... Ikan dah hangus...."   "Hmmm.... Nak buat macam mana. Abang tu la. Nor mintak tolong sikit pun lupa..." ujar Nor. Mukanya sudah masam mencuka.   "Sorry darling... Abang belikan yang baru eh...?"  Nor tarik senyum kembali. "Okey..."    Suatu cerita. Cerita bermulanya episod bahagia aku dengan dia.     Aku tersenyum.     "Sayang nak hadiah apa untuk birthday sayang nanti?"   " Mmmm.... Sayang taknak apa-apa selain diri abang."   "Erk... Pelik sangat bunyinya tu..."   "Yelah... Sayang nak abang setia pada sayang sorang je... Boleh?" pinta Nor. Matanya mencerun sedikit memandang aku.   "Hahaha.... Untung abang dapat sayang. Save budget. Yes! Yes!"   "Eleh... Yeke untung...?" Nor sengaja menduga.   "Betooooool. Abang tak tipuuuuu...."   "Yelah tuu... Tahun pertama bolehlah cakap macam tu. Tunggulah tahun ketiga ke, keempat ke, entah-entah tahun kedua abang dah cari lain..." dia menduga lagi.   "Sayang. InsyaAllah... Abang hanya akan setia pada sayang je," aku pandang sekilas wajah Nor itu.   ************     "Bang... Kalau umur Nor tak panjang, tolong besarkan anak ni ye. Jangan biarkan anak kita terseksa.."   "Ya Allah.... Kenapa Nor cakap macam ni. Sabar Nor. InsyaAllah selamat."   "Abang janji dulu. Selagi abang tak janji, hati Nor tak tenteram..."   "Ye Nor. Abang janji..."  Nor mengukir senyum. Aku lihat wajahnya itu. Tampak terpaksa. Aku tahu dia terseksa.   "Abang.... Sakit...." keluh Nor. Air matanya sudahpun menitik.   "Okey puan... Push... Push... Dah nampak sikit dah tu. Push sikit lagi ye..."   "Sabar ye sayang. Tak lama lagi. Istighfar banyak-banyak. Selawat..." celah aku.   "Encik... Encik kena keluar dulu ye. Kami terpaksa vacuum..."  Kepala aku angguk perlahan.   "Sabar ye sayang. InsyaAllah takde apa..." bisik aku sebelum melangkah pergi.   "Ingat ye abang. Jaga anak kita.." pesan Nor lagi. Aku toleh lalu mengangguk sambil tersenyum.   Selang dua jam...     "Encik, tahniah! Encik dapat anak lelaki..." ujar doktor Aini merangkap doktor yang merawat Nor dari tadi.  Aku bangun dari duduk. Mata aku bertakung lagi. Syukur dengan anugerah Ilahi ini. Kepala lantas aku tolehkan ke bilik rawatan yang menempatkan Nor.   "Err... Boleh saya bawak pergi jumpa isteri saya?"  Doktor Aini diam. Kepalanya ditundukkan sedikit.   "Doktor... Boleh tak ni?" soal aku lagi.  "Maaf encik. Isteri encik tak dapat kami selamatkan..."  Aku terkedu. Terduduk kembali. Takungan di mata sudahpun melimpah jatuh ke lantai.   "Nor... Kenapa tinggalkan abang..."   *********     Aku berbaring sambil memeluk bayi itu. Umurnya sudahpun genap sebulan. Kepalanya aku usap lembut. Wajahnya aku tatap. Aku tersenyum. Mata, mungkin ikut aku. Hidung, confirm ikut Nor. Bibir? '50-50'. Hehe...   "Nor... Abang janji akan jaga anak kita..."     "Hahaha.... Untung abang dapat sayang. Save budget. Yes! Yes!"   "Eleh... Yeke untung...?" Nor sengaja menduga.   "Betooooool. Abang tak tipuuuuu...."   "Yelah tuu... Tahun pertama bolehlah cakap macam tu. Tunggulah tahun ketiga ke, keempat ke, entah-entah tahu kedua abang dah cari lain..." dia menduga lagi.    Perkara yang pernah dibualkan dulu menjelma kembali.   " Hari ini, genap usia perkahwinan kita dua tahun..." bisik aku di dalam hati.   "Happy anniversary sayang..." ucap aku perlahan. Air mata aku jatuh lagi.   "Abang akan tunaikan janji abang... Setia abang hanya untuk Nor..."   ***********     "Nor... Abang dah tunaikan janji abang. Abang harap Nor suka..." ujar aku perlahan. Tangan kanan aku letakkan di batu nisan. Sudah hampir satu jam aku duduk di hujung 'dunia' ini.   "Syawal dah besar dah Nor. Dah dua puluh tahun dah budak tu...." sambung aku lagi. Aku ketap bibir. Buat ke sekian kalinya, air mata aku menitik lagi.   "Tengok... Abang pun tak pernah cari perempuan lain. Abang setia dengan Nor tau..."   "Ayah... Jom kita balik. Hari pun macam nak hujan lebat je ni..."   "Hmmm... Yelah..." aku toleh kepala ke arah empunya suara. Syawal tersenyum.   "Nor... Senyum Syawal sama dengan Nor tau.. Dan dia sekarang pun dah berjaya belajar di Al-Azhar. Nak jadi ustaz katanya..." ujar aku perlahan sambil mata aku arahkan ke kubur arwah Nor. Syawal bin Harith. Itulah nama yang aku beri kepada anak aku dan Nor ini. Nama sempena kelahirannya di bulan Syawal dua puluh tahun yang lepas.  Heh... Mungkin ramai yang akan mengatakan aku gila kerana masih setia pada yang sudah tiada. Biarlah. Walaupun Nor hanya dipinjamkan sebentar saja untuk aku di dunia ini, namun aku yakin. Allah akan memulangkan Nor aku di sana nanti. Walau sekejap, namun cinta itu aku rasa hingga sekarang. Cinta aku untuk Nor tiada gantinya... Terima kasih ya Allah di atas rasa ini.... Dan terina kasih kerana mengurniakan Syawal. Syawal... Anugerah yang terindah...